Monday, 14 November 2016

Tips Mengawal Bajet Kahwin Anda

Kami percaya anda semua inginkan perkahwinan yang serba jimat bukan? Kos yang makin hari makin bertambah menghadkan perbelanjaan anda. Nahh kami kongsikan tips bagaimana untuk mengawal perbelanjaan majlis anda. Selamat membaca :)


Pakej Pelamin Jimat Jimat Jimat

Anda sebagai bakal mempelai, pilihlah pakej yang jimat dan berpatutan sesuai dengan kemampuan. anda. Cuba cari butik yang menawarkan pakej pelamin murah tetapi gubahannya tampak menarik lagi mewah. Anda akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan yang banyak dalam masa sama impian anda terlaksana. Nak cuba khidmat kami? Hubungi saja :)




Image result for phone
 


Majlis di rumah sahaja sudah cukup

Kos majlis di rumah jauh lebih murah berbanding jika anda menyewa dewan. Kenapa? kerana sewa sahaja rata-rata menceah rm1000 ke atas. Kos sebanyak itu boleh anda belanjakan untuk kegunaan lain bukan? Anda hanya perlu fikirkan kos sewa khemah dan kelengkapan yang jauh lebih murah. Tetamu tetap juga selesa, yang penting tempat duduk sesuai dengan bilangan jemputan. Jangan terlalu memikirkan mewah yang ingin anda tunjukkan, fikirkan kos yang bakal ditanggung. Perlu bijak dan hati-hati ya :)



Image result for kenduri di rumah

 
Pilih Gotong-Royong daripada Servis Katering

Tidak dinafikan katering jauh lebih mudah dan tidak memenatkan TETAPI anda harus ingat apabila ia mudah maka kos akan menjadi tinggi. Ya, kerana kita membayar servis mereka. Oleh itu, bagi mengelakkan kos tinggi pada bahagian ini, kumpullah seramai yang boleh ahli keluarga anda, sanak saudara, sepupu-sepupu, makcik pakcik untuk turun padan bersama-sama. Bukan selalu ye dak?? Bila lagi nak berkumpul..


Baju Pengantin Uollss Pilihlah yang Cantik Tapi dalam Bajet Anda




Kami yakin setiap pengantin mesti mahukan penampilan yang paling cantik vavoom meletop kan pada hari anda. Namun begitu, bijaklah memilih, jangan terlalu taksud pada baju-baju mahal sehinggakan sanggup berbahis banyak ribu disitu ya. Anda boleh bajetkan berapa kadar yang anda mampu dan pilihlah yang benar-benar sesuai. Terlampau banyak butik yang ada sehinggakan anda pening nak pilih. Survey dari butik ke butik, jangan book dulu. Bila dah betul yakin, nahh booking cepat supaya baju tak dicuri orang :P



Ada Kawan yang ada bakat jadi Photographer?? Hire dia !!

Meskipun anda tengok keliling yang kawin semuanya upah professional photographer, sekiranya anda tida punya banyak bajet untuk tujuan ini, maka minta saja kawan-kawan tolong. Ya, ni kenangan seumur hidup tetapi ia bukanlah sesuatu yang kita nak tengook hari-hari, tunjuk pada orang hari-hari, dan mesti cantik kebaboom edit letop gitu. Orang dulu-dulu kawin sekeping dua saja gambar itupun hitam putih. gambar tulah yang disimpan sampai sekarang. Ya kan?


Mak Andamku Kawanku

Sekarang ni terlampau ramai wanita yang sudah pandai solek sendri, nahh jadi cari saja kawan-kawan anda yang pandai makeup tu.. Memanglah tetap kena bayar tetapi tidaklah semahal professional makeup artist. Nak free?? Mana boleh.. Kawan anda pun beli makeup pakai duit juga kan.. sedikit sebanyak dia dapat tolong anda berjimat bukan? Ingat, yang penting JIMAT!! 

 

Tak jimat Boleh asalkan mampu


Ya, itu sesuai untuk semua. Semua orang mahukan yang terbaik dan berpatutan. Bijaklah memilih sesuai dengan bajet anda. Nak cantik boleh tapi bijaklah pilih si tukang makeup, baju yang letop. tapi mahal? Memang zaman sekarang tiada yang murah namun kita masih ada pilihan, survey dulu kemudian baru buat pilihan. Bukan semua mahal bukan semua murah bukan semua cantik bukan semua takcantik. Setiap Butik ada keistimewaannya tersendiri.



Image result for pengantin kartun